Kesian si wombat

Pernah tengok khinzir? pernah tengok wombat?....apala diaorang nih...Berikutan satu iklan yang didakwa orang ramai menyerupai seekor babi, pihak Servcorp tampil memohon maaf atas kekecohan yang berlaku.

Permohonan maaf tersebut dibuat oleh Servcorp di laman Facebook rasmi miliknya dengan berkata haiwan yang dianggap babi itu sebenarnya seekor wombat.

"Servcorp merupakan sebuah syarikat Australia dan menggunakan Wombat sebagai maskot syarikat - wombat itu merupakan seekor anak beruang kecil berbulu seperti haiwan yang tergolong dalam keluarga beruang koala.

"Ia kelihatan seolah-olah segelintir orang tersilap anggap bahawa ia merupakan seekor khinzir yang mungkin menyentuh sensitiviti dalam kesucian bulan Ramadan," kata posting terbabit.

Tambahnya lagi, syarikat itu tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Pada Ahad lepas, pihak DBKL mengesahkan iklan itu akan dipadamkan dari Jalan Bukit Bintang. -sumber:  Siakapkeli.my