Azwan Ali vs Abdul Rani Kulup

Aih...menggelabah ke? nampak garang ke pakcik rani tuh?

Rakyat Malaysia sejak hujung minggu lalu sibuk memperkatakan tentang isu Azwan Hj Ali yang melatah di Twitter terhadap seorang peminat kerana tersalah faham akan satu nama restoran dan sikapnya itu menjadi bualan ramai kerana beliau masih terus ego tidak mengaku salah.

Namun, semalam tindakan beliau di akaun Instagram mengejutkan ramai pihak apabila Azwan Ali tampil memohon maaf kepada semua atas perlakuan biadap beliau selepas menerima amaran dari Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Abdul Rani Kulup terdahulu memberikan amaran kepada Azwan Hj. Ali untuk meminta maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu atau beliau akan membuat laporan kepada polis terhadap kelantangannya menghina orang Melayu.

“Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah. Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah”