Selingan dari Utusan hiburan...
ARTIS yang Joyah nak ceritakan ini memang manis orangnya. Pernah popular dan masih terus dikenali sehingga hari ini.
Kalau dah cantik dan manis pula orangnya tentulah jadi pujaan ramai. Tak gitu? Tapi dia ni, kalau melihatkan luarannya, pasti ramai yang tak percaya kalau Joyah kata, dia suka ganggu rumah tangga orang.
Sebab penampilannya memang manis dan bercirikan muslimah sejati. Iyalah, sudah banyak kali berkunjung ke Tanah Suci, tentulah imej yang terbaik adalah bertudung.
Dan itulah dia. Mengambil keputusan bertudung litup tak berapa lama dahulu membuatkan dia semakin bertambah cantik dan jelita.
Melihatkan imejnya sebegitu, banyak kali pula ke Mekah tetapi siapa sangka, hanya luaran sahaja yang cantik, yang manis dan yang sopan.
Tapi hatinya tidaklah secantik dan semanis wajah dan imejnya. Iyalah, orang dah pergi ke Mekah, bertudung litup pula. Tentulah kita merasakan perangai dan sikap mereka seperti seorang wanita solehah.
Tapi artis yang seorang ini lain sikit. Walaupun bertudung litup, tahu soal agama dan banyak kali pula ke Tanah Suci, tetap suka ganggu kebahagiaan wanita lain.
Joyah tahulah dia sudah solo sekarang ini. Tapi takkan kerana sudah bersendirian dan adakalanya dilanda sunyi, dia memilih suami orang.
Post a Comment